Saturday, March 31, 2012

Sakit Gigi


ok . masuk hari nieh dah seminggu gigi aku tak sihattt . sakit wooo . pas bbalik clas jumaat last week , mandi , then tetibe je gigi aku terasa berdenyut denyut . aku ketuk ketuk lah ingt kan sebab sejuk . yelahh . gigi sensitive katekann . tapi makin lame macam makin menjadi jadi pulak . mengelupur biawak aku . then si eifa bagi ubat tahan sakit . nasib baik ade ubat tuh . ok skit . mekasih eifaa


tapi time tengah malam , die buat sakit lagi , maybe kesan ubat dah hilang kot . ok . menangis sampai ke pagi . mengelupur biawak ber 'round round' dah . dah tak boleh nak buat pape .nak tefon ma , dah lewat sgt . mybe dah tido . so terpakse lah redho dan menahan sakit .


esok kan , ari sbtu pegi klinik , sebab dah tak tahan sangat . doctor cakap gigi rosak . dulu bekas tapong . die cakap ade 2 treatment boleh buat , mati akar atau cabut . mati akar kos dalam rm300++ . gile kau . tapi tak mustahil jugak aku buat . muahahha . tanye doctor tuh , tapong x boleh ke ? sebab nye aku takut cabut gigi . huhu . tapi malang nye , doctor tuh cakap dah x boleh , sebab ia berlubang sampai ke dalam dahh . smpai ke gusi . kalu tapong pun , kat bahagian atas je . bawah masih berlubang dan kuman kuman masih boleh berparty lagi .


choyyy .. terpakse lah amik kaedah cabut =='' . tapi tak boleh nk cabut on the spot sebab bengkak dan terlampau sakit . so , die bagi ubat suh telan dulu . cukup seminggu baru datang balik .


ok . bengkak . tapi nieh macam dah surut sikit . sakittt :(

tapi nak cukup kan seminggu tuhh , ya ampunnnn . terpakse menahan kesakitan yang kedua paling sakit di atas muka bumi bima sakti ini . bermacam macam jenis ubat aku telan . demi untuk menhilang kan rase sakit . eh cop . mengurangkan rase sakit dan denyut denyut .

aku pun tak tahu dah berapa banyak dadah dalam badan aku nieh . lame lame nanti sakit buah pinggan jugak aku =="

dah berape malam aku tak lena untuk dibuai mimpi . nieh sume sebab skit gigi punye pasal lah niehh .. ermmm . kemarin clas kitchen yang megambil mase agak lame dan final exam english . *phewwww* . nasib baik bacteria tak berparty . kalau tak , memang mengelupur lah aku nak menjawab final semalam . alhamdulillah :)

hari nieh dah genap seminggu , so esok nak g cabut . tapi aku takuttttt . macam mane nieh :( . aku memang penakut cabut gigi . tapi aku tengok adik aku ezah , selamberrr je cabut . die tuh gile ke ape ? suke sgt jumpe doc gigi , cabut , ishhh . kalau aku , memang tak lah . haha . rela aku bawak lari kete pegi tempat lain , dari pegi tggu die cabut gigi . huhu

ok . esok terpakse memberanikan diri untuk berjumpe doctor gigi dan cabut . dah tak boleh bertangguh lagi dh . mggu nieh busy dengan event . kene nye time tengah handle event , buat sakit gigi . x naye aku . *phewww* . tak senang duduk aku memikirkan nye .



* tetibe terbayangkan aku menjerit jerit kat atas kerusi dalam bilik time aku cabut gigi dulu . 2 tahun yg lepas kot . ke 3 tahun ? huhu . lupe . doctor x smpat cabut sebab aku mengelupur atas kerusi tuh , then doc terpakse stop , buat appointment lain , suh datang lagi len kali . heh ? smpai sekarang aku ingorekan appointment tuh . fuhhh . lemah semangattt .

kuatkan lah aku esok .

Thursday, March 29, 2012

an Article


usha usha . then tetibe jumpe article nieh . ntah lah kenape . teruja gile dengan article nieh .



"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"


"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"


" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"


"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."


"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"


"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"


"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?


Kenapa selalu terjadi begini?

Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.


Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.

Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?


Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.

Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??


Anak-anak sulung yang disayangi Allah..

Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?


Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.


Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?


Sebenarnya kita bertuah.

Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?
Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?


Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??


Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!



*psssttt . tapi aku rase bukan anak sulung je yang rase macam nieh kott . ok then . dari jauh melencong .

FULLSTOP

Tuesday, March 20, 2012

" Penat "


dah lah . tetibe aku terasa macam penat lah pulak jadi orang " bodoh " nieh . tak pe lah . orang kate berdiam lebih baik dari bersuara . bersuara banyak banyak kan nanti serabut pulak . kite tak nak pakse memakse nieh . lebih baik takde daripada ade . kau buat lah ape yang kau nakk buat .

tenkiu lesbOoo


* family comes first .


Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

tetibe kite terasa teruja pulak dengan benda alah nieh . lepas nieh duk termanggu depan pintu , tengok orang jalan . muahahahha . * ok . sila lempang laju laju *


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam


*pstttt . saye yang mane ? ahaha :D

Sunday, March 18, 2012

Homesick


sejak 5 , 6 hari nieh , fikiran asyik melayang nun jauhhhhh jee . kenape eh ? adoiii . kepale otak , fikiran , sume dah melayang layang kat terengganu . aku just rase jasad yang malu malu nieh je yang berdiri teguh kat johor , pasir gudang nieh . choyyyyy !

OMG ! keadaan makin serius apabila , megi sebungkus pun aku tak boleh nak abis kan . ok . nieh memang pada tahap kritikal dah nie . mesti tubuh badan aku sedang memberontak sekarang nieh . oh tolong lah masa . tolong berlalu dengan cepat . i wanna go homeee ! pleassseeee . *sambil buat muke*

bile jadi cengginih , aku rase macam nak tido je . dah lah xde semangat . uwaaaa . nak nagisss . sob sob sob :'( . nangis nangis , then tido . mesti best kan . bile dah tido . sume dah tak payah fikir . untung untung dapat balik terengganu . even dalam mimpi je . huk huk huk .

tetibe dade sakit . alahaiii semput pulak *ketuk ketuk dade* . tahan sebak . choyyyyy . the end of april . kenape lambat sangat ehh ? geram betoll . geram smpai dade naik semput pulak . aishhhh .


kite rindu sume


kite pun rindu die . ermm . nanti si gile nieh dah takde . sob sob .

die pun kite rinduuu . huk huk huk .


esok ade test marketing . tapi tak boleh nak stdy pulak bile duk melayan bende bende cengini . choyyy ! sile pegi study sekarang ! mate , tolong jangan ngegade ngade nk tutup . nampak dah layu semacam jeh . dan megi , bile kau nak abis ni haaa ?


*erghhhhh . mohon sibuk kan diri . mesti akan okey .

MAYBE

Thursday, March 15, 2012

14 March 2012



what the kind of life ? *erghhh !* ok . aktiviti hari nieh . pagi takdi teramat lah malas dan susah dan liat lagi nak bangun . sampai berfikir sampai nak ponteng class . *erkkk* . mane tak nye . hujan bukan main lebat lagi . memang syok lah duk membongkang atas katil nieh haa. dengan selimut yang tebal lagi lembut nye . hehehe . pikir pulak air sejuk . aisshhh . lagi lah tarik selimut . macam kura kura masuk kan kepale die dalam cengkeram tuh haa . pikir punye lah pikir , nak pegi clas ke tak ni haa. then tetibe dengar angah ketuk pintu . ermhhh . dah . mmg kene bngun lah nieh . =="

then pegi lah mandi tanpa semangat . huhu . sejuk yang teramat ! . siap siap . g clas . even dah lewat . masih selamber . ngeh ngeh ngeh . rilek lah . lect english ok je . huhu .

abis clas bi , marketing plk . OMG . terujanye . terasa semangat gile ! *erkkk* . hahaha . sementara tunggu clas marketing , kat DKJ . xde kene . nilah keje nye . hik hik hik




ok . iklan jap .

phewitt ! gambar pasport . muahahah

ok then . balik clas belajar buat bende jadah nieh . first time kot . buruk gileee =___="

thenn , aktiviti yang paling best ! tido . HAHA . sampai kul 9 ++ baru bngun . erkk . ntah lah . ape nak jadi . mate nieh asyik mengantok je . o.O . bangun mandi , ingt kan nak smbung tido balik . tapi banyak plak keje yang tertangguh . erkk . report bakery belom buat lagi . benci nyeeeee ! .

ok . got to go . buku log bakery duk memangil mangil je dari takdi . aishhh . gmbar pun belom print . superb ! :D

byebye

Wednesday, March 14, 2012

Baru Sedar


uit . tak tahu lah pulak yang selame nieh aku menyerabutkan . terima kasih lah kerana menyedarkan aku . maaf lah . aku memang betol betol tak sedar . takpe , aku akan simpan kate kate kau sampai aku mati . aku akan ingat sampai bile bile . Weyh . siyesly terima kasih weyh .

okey
*SENTAP*

jutaan dan ribuan TERIMA KASIH yang tidak terhingga


* dah lah . skrang musim final exam . mlas nak cakap pape . bertabah je lah yang termampu . tak mampu nak ignore kan je . byebye .

Tuesday, March 13, 2012

13 March 2012



aktiviti hari ini ? ermmm . macam tak bnyak je . banyak tido rase nye *erkkk* . hehehehe . :D . hari nieh bangun pukul 9 . sebab clas pukul 10 *malasssssnyeeee o.O* . mandi , then siap siap , g clas . belajar ntah pape pape . clas sepatutnye 2 jam , jadi sejam je . lect tuh ajar macam xnak ajar je . aishh . dah lah mengantok kat clas xdi . satu patah jadah haramm pun aku tak paham ape bende yang die duk bebel bebel kan tuh . mesti lect tuh perasan aku ngatok kan . sebab tuh die tanye aku . aku pun jawab macam blur blur je . hahahahah . ngantok lah gile ! . kul 11 lebih clas dah abis . tak paham betol aku .

abis je clas kol budak tuh . die mntok tlong kejut kan kul 11 . ya ampunnnnnnn . susah gile nak bangun . banyak kali kol x bangun bangun . kalu ade depan mate nieh , mau dah simbah air batu satu baldi ni haaa . dah tuh , angkat , cakap separa sedar pulak tuh . aishhh . nasib baik jauh . kalu tak dah sekeh sekeh kepale die . grrr . =="

kul 12 clas account pulak . aishhh . serius malas . aku pun tak tahu kenape aku mlas sangat hari ini . mybe semalam tido lewat kot . huhu . kul 3.30++ baru tido . duk layan one piece . ngeh ngeh ngeh . lepas masuk melepak DKJ , tup tup cakap clas cancel pulakkkk . mau tak geram . kalu cakap awal awal kan senang . terus balik bilik . dah lah tak selesa . ngantok pulak tuhh . grrr .


muke tak suke class cancel :)


pas balik je clas , salin baju . hehehe . ape lagi . tido lahh . muahahahahha . time jam nak bangun pukul 3 sebab clas pukul 4 . bunyik je alarm , pusing tepi , eiyfa cakap clas supervision cancel .

aku : " ouh eh ? confirm ? sape kabo ? "
eifa : " ho . cnfirm . ijan mesej , kat phk ade orang post "
aku : " alhamdulillah " .

tarik selimut , ok . sambung tido balik . bangun pukul 6.40++ . aweseommeeee :) . hik hik hikkk . bangun . terus mandi . eifa beli kan mihun goreng , makan . perghhh . rilekk je . haha

kul 9 , budak budak nieh pergi tengok cite bodo vanila coklat tuh haa . eeii . tak minat lah aku nak semangat semangat g turun bawah tengok cite jadah haram tuh . tak suke hokkay . naik je bising bising cite dah tamat . haha . alhamdulillah .

iklan jap

saya rase mengantok sangat . aisshh . mungkin ini kerana simpton simpton ABC . oh tolong . sangat tidak selesa hokkay . patut lah semalam lain macam je . kemarin kemarin kemarin rase hati tak tenteram . kemarin rase hati tak sedap . nak nagis je . semalam rase nak makin hamun orang . hati panas je . haha . jage jage . dan hari ini rase malas yang teramat . tak larat sangat hokkay .

10.30 . budak nieh ajak turun lagi . tgk cite BFF . cite bodoh lagi di tengoknyaa . bosan betol =='' . aku ? masih termanggu dalam bilik lagi . dah macam ntaah pape ntah . tak tahu nak buat ape . layan one piece pun ok kan *erkkk* ;p

baik lah . adinda bosan teramat . nak tido dulu lah . even baru pukul 11 , huk hukk . ok then . nite nite . beautiful nitemare . XOXO (:

Monday, March 12, 2012

12 March 2012 - Bosan


hari ini aku terasa yang aku kuat sangat tido . semalam tido lewat kot . choyyyy . pukul 3 lebih . *erkkkk* . pukul 5 dah bangun . sahur . tapi tuh pun susah gile nak bangun . nasib baik lah time jam bnyak kali . setiap 3 minit . ahahahahha . memang cnfirm bngun lah kalu asyik berbunyik je fon tuh haa . hehehe

punce tido lewat ? sebab dapat info clas batal . ngeh ngeh ngeh . actly pkul 1 tuh dah nak tido , sebab esok clas pagi , tup tup dapat info clas pagi cancel , next clas pukul 2 . mane tak memberontak nya jiwa raga sanubari ini untuk tido lewat . hehe .

sahur pulak susah nak bangun , bangun minum air susu letak nestum , repih repih biskut cicoh . pergh . nikmat jugak . ok dah . sambung tido . makan tuh pun dengan mate terpejam . awesomeeee :) . tido , pukul 6.30 bngun smyang subuh , dengan mate terpejam lagi . kene air terus segar . perghhhhh ! . sejukkkkkk nyeeee . =="

pas smyg sambung tido lagi . even dah tahu clas pukul 2 nanti ade test . cool kan :) . pukul 12.30++ baru bangun , mandi . tgk baju nak pakai , kemas buku buku , tggu azan zohor , smyang , siap siap , g clas . cool lagi kan . x stdy . =="

sampai kat clas baru mengelabah stdy , nasib baik test tadi boleh jawab . ngeh ngeh ngeh . siyes . penat . balik clas terus bariing . cop . asar dulu . then baring lagi ,online , layan one piece smpai pukul 6.50 , baru kluar turun cafe beli makanan untuk bukak pose . nyaris terlelap . o.O

iklan untuk hari ini .

bukak pose dengan bihun ladna . ok lah . tapi x power macam aku buat . kan geng ? hik hik hik . pas mkn rilek , sembang sembang . smyg , online , layan one piece , jue turun untuk buat bi , lepak lepak . msj jap . ok . keje dah siap .

tolongggggggggggggggg ! bosan bosan bosan tahap cipan ! baik tido jelah . ok then . babai .



* aku rase yang die tak kan rase ape yang aku rase . *terasa*

selamat malam

Sunday, March 11, 2012

Kawan


sape cakap hidup berkawan best ? hidup berkawan pun kadang kadang akan menyusah kan hidup kite . kadang kadang hidup sorang sorang lebih menyenangkan hati dan sanubari jiwa rage ini . yelah . tak payah duk pikirkan perasaan orang lain . tak payah amik tahu pasal mereke sume . tak payah nak jage itu . takk payah nak jage ini . ergghhhhhhhhhhh ! Fuck ! Fuck ! Fuck ! i hate this ! kalau macam nieh lebih baik duk dalam dunia sendiri je . *nangisss :'(




*rindu geng geng banggang dari sabak . terlalu banyak cerita yang aku nak share . :'(

Saturday, March 10, 2012

Pecah Laju



dari dulu sampaiiii sekarang . selalu cube untuk makan pagi . ok . senang cite breakfast lah . tapi tiap kali aku tak skip breakfast , mesti perut aku jadi memulas mulas , then tak lame , bbrape minit , mule lah berlari lari cari toilet . *fhewwww* . ntah ape yang tak kene dengan perut nieh =="

tetibe teringat time sekolah dulu dulu , ma selalu buat kan air susu letak nestum , kadang kadang ade tambah quaker oat , minum pagi pagi sebelum g skolah . tuh pun secawan je , bukan segelas eh . sekadar buat alas perut . kalu segelas , mmg xnampak aku kat dalam clas lah , pegi menempat kat toilet lah pagi tuh . aishhhh . dah lame tidak menikmati saat saat itu . perghhh ! . hahaha .

hari nieh bangun pagi , g jogging dengan ika :) . then balik kemas , sapu bilik ingat nak g basuh baju , tup tup , tetibe melekat kat depan lappy nih plakk . tak jadi lah basuh baju . hik hik hik . *erkkkk* perut buat memulas lagi . ntah ape yang die duk proses cepat sangat . padahal makan roti 2 keping then air tea je kot . tak suke betol begini . =="


tetibe rase mengantok balik . sambung tido lagi lah .

eh cop . bukan ke tido tengah hari tuh sunnah Nabi ? haha .


* mencecer cecer lah asyik duk berkejar kejar ke toilet . bile nak tido dengan selesa nieh . aishhh . len kali dah xnak cuba lagi lah . penattt . +___+''




Sunday, March 4, 2012

Matrix Card



tweet tweet . tweet tweet . eh . silap masuk plakk . hehe . ari tu kannnn . kite dah g amik kat matrik . hik hik hikkk .


tadaaaaaa !

garang kang muke ? . AUUUMMMMM ! haha . makan tebuan sebelum snap picture tuh haa . sebab tuh muke cengituh . huk huk huk .

cop . sebenarnye senyum lain . tapi orang yang snap gmbar nieh cakap "adikkk . senyum jangan nampak gigi " erkkkk . aku macam blur blur je . ade jugak cenginih eh ? biase nye senyum memang kene nampak gigi je kan skit ? . ntah lahh . die je kot suh macam nieh . sebelah sebelah xde pun suh jangan nampak gigi . si eifa tuh sengih macam iklan colgate , takpe pun . saje je die nieh . gerammmm !

tapi takpe lah . lebih better dari matrix card poli sabak bernam dulu . lagi lahh tak suke teman nengooknyeeee . benci ! sume kes senior . huh ! . lagipun just setahun jea . yep yep hureee ! (:


Saturday, March 3, 2012

Suck Wekeend


ok . minggu nieh paling membosan kan . *pftttttt . biase nye tiap tiap mnggu xde kat hostel . tapi mggu nieh terpakse mengharungi hari hari yang membosankan di hostel . mne tak nye . tiap tiap mggu balik . hahaha .

actly mggu nie ade prgram . ye , hari nieh beday jimie , mereka mereka sume nieh nak mandikan jmie . tapi kitrg yg duk hostel nieh mlas plak nak join . yelahh . nnti macam macam bende berlaku . gaduh lah . ape lahhh . dah . malas . penat .

aktiviti mggu nieh betol betol membosankan jiwa dan raga . hari nieh aku bangun pukul 2 . awesomeeeee :) . bangun je terus capai laptop yang tidak tertutup dari semalam , tengok cite smpai pukul 4 , then mandi , semayang , makan , sambung tengok cite . ok . dah nak termuntah dah duk tengok cite dari semalam . amik mase sekejap untuk online , godek sane . godek sini .

ok . aku jumpe something lagi , bende yang membuat aku berpikir pnjang sepanjang panjang nye . fikiran aku terus menerus ke lain . berfikir yang bukan bukan . bende yang tak patut aku pikirkan pun aku pikir . heyyyyy ! ape sume nieh ? terus menjadi sedih dan berduka . ok .. aku berserah semua nye kepade Nya . moga moga semua nye hanyelah bende mengarut yang aku ciptakan dalam dunia aku sendiri


dah maghrib .
ok then .
bye bye .