Thursday, May 12, 2011

Gelagat Syaitan Di Majlis Kenduri .


Menurut apa yang diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya ketika itu hujan turun dengan lebatnya, maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari, tiba disuatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak. Setelah lihat disekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menanggis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.


Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapati mereka berkepaa botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begtu juga jari kaki. Walaubagaimanapun Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menanggis ditepi jalan. Menurut salah satu daripada budak-budak itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oeh hujan yang amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yang budak-budak itu anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman. Menurut Tok Dahaman anak-anak syaitan itu tea meminta dia untuk memberitahu kepada ibi bpa mereka yang berada di kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah runtuh itu. Akan tetpi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budk itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bp mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata manusia. Lantas anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syitan itu lagi, membolehkn pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenal pasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang dirambutnya.


Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bpa mereka pulang dengan segera kerana ruma mereka runtuh dan mereka didalam kesejukkan. Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isteriny mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat orang lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitn bercampur gaul dengan orang ramai. Ada sebahagiannya sibuk di tempat memasak, menganggu di kawah gulai dengan memasukkan berbagai najis ke dalam segaa masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca bismillah..), syaitan-syaitan tersebut d yang meludah, membuang air kecil dan besar kedalam piring dan mangkuk...ada juga yang muntah kedalam makanan, ada yang bergayut di bahu, dudk di kepala dan riba manusia. Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamk untuk makan. Orang ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.


Menurut Tok Dahaman, dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitn kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari akhirnya jumpalah dia dengan bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dengan gelojohnya. Tokm Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahwa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan orang perempuan bahkan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yang membawa anak mereka. Keadaan menjadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu. Terpulanglah orang mahu percaya atau tidak...


Begitulah halnya, keadaan syaitan yang begitu menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan sebutlah nama Allah..atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH..wallahualam....


"MORAL OF THE STORY"

APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN DENGAN BISMILLAH...

...semoga hari ini lebih baik dari semalam...




*sharing only :)


No comments:

Post a Comment